Program sanitasi sekolah sekitar Kota Kinabalu dilancar

Program sanitasi sekolah sekitar Kota Kinabalu dilancar

Kota Kinabalu: Masyarakat di negeri ini dinasihatkan supaya terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan Covid-19 dalam komuniti.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, semua anggota masyarakat perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, ia bagi mengekang wabak pandemik Covid-19 ini daripada terus menular dari semasa ke semasa.

“Masyarakat perlu bekerjasama dengan mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha menghalang penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Sanitasi Sekolah di sekitar Kota Kinabalu di Sekolah Menengah (SM) Kian Kok, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SM Kian Kok, Datuk Clement Yeh dan ahli-ahli Persekutuan Industri Sabah (FSI).

Sekolah berkenaan terpilih sebagai sekolah pertama disanitasi di bawah program berkenaan.

Joachim, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, berkata sanitasi berkenaan dikendalikan Acechem Resources (Sabah) Sdn Bhd yang merupakan perintis kepada program sanitasi ini.

“Saya berharap inisiatif ini seterusnya akan dilaksanakan di sekolah-sekolah lain di sekitar Kota Kinabalu dan di daerah-daerah lain.

“Ini merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) dalam membantu Kerajaan memutuskan rangkaian penularan Covid-19,” kata.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|