PPV Wisma Wanita untuk penjawat awam

PPV Wisma Wanita untuk penjawat awam

Kota Kinabalu: Pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) Wisma Wanita akan menumpukan pemberian vaksin Covid-19 kepada penjawat awam negeri dan persekutuan serta penduduk setempat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keutamaan akan diberikan kepada kakitangan perkhidmatan awam yang sentiasa
berada di lapangan dan bertemu orang ramai.

Katanya, antaranya seperti pemandu, penghantar barang, pegawai kaunter dan anggota polis, Jabatan Air, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendidikan.

“Mengikut rekod, seramai 20,549 penjawat awam negeri di seluruh Sabah manakala 107,172 pula adalah penjawat awam persekutuan.

Hajiji ketika mengadakan lawatan ke PPV Wisma Wanita.

“Bagi penjawat awam yang bertugas di
daerah lain, mereka akan menerima vaksin di PPV sedia ada di kawasan masing-masing,” katanya ketika ditemui hari ini.

Hajiji turut berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana memasukkan negeri ini dalam pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dalam Fasa 4 bermula Julai depan.

Katanya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang berkapasiti 3,500 orang sehari, akan dijadikan sebagai PPV bagi PIKAS di
Sabah iaitu untuk pemberian vaksin kepada pekerja industri, kilang dan perkhidmatan
ekonomi yang lain.

Sementara itu, Hajiji menyuarakan penghargaan kepada pembabitan pihak swasta dalam
PICK di Sabah.

Katanya, usaha mereka membenarkan fasiliti dan kakitangan digunakan untuk program berkenaan amat dihargai.

“Bermula bulan Jun, Hospital Gleneagles dan Rafflesia Medical Center serta 36 klinik swasta juga terbabit dalam memberi vaksin kepada penduduk di negeri ini.

“Selain itu, pengurusan Pacific Sutera juga membenarkan penggunaan fasiliti hotel
mereka untuk dijadikan PPV sebagai CSR (tanggungjawab sosial korporal) mereka,” katanya.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|