PMB Investment Bhd, MCCC adakan pertemuan niaga

PMB Investment Bhd, MCCC adakan pertemuan niaga

Kota Kinabalu: Ahli Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, PMB Investment Berhad mengadakan pertemuan dengan Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah dalam sesi ‘bussiness matching’ di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, hari ini.

PMB Investment Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahani Ibrahim berserta rombongan manakala MCCC Cawangan Sabah diketuai oleh Presidennya, Michael Chin Wee Yee.

MAHANI (tengah) bersama barisan rombongan MCCC Cawangan Sabah dalam majlis pertemuan ringkas itu, di Kota Kinabalu.

Antara tujuan pertemuan tersebut adalah memperkenalkan produk PMB Shariah Global Equity Fund oleh pihak PMB Investment Berhad.

PMB Investment Berhad (PMB Investment) merupakan sebuah syarikat pengurusan saham amanah syariah (IFMC – Islamic Fund Management Company), ahli Kumpulan Pelaburan MARA Berhad.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|