Pimpinan SAFA kunjungi Ketua Menteri

Pimpinan SAFA kunjungi Ketua Menteri

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu.

Rombongan SAFA diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama dalam kunjungan itu adalah Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria, Naib Presiden II, Datuk Jalani Hamdan, Setiausaha Agung, Benedict Asmat, Bendahari, Jasnih Daya dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Sabah (SFC), Firdaus Akhbar Khan.

Hajiji (tengah) bersama Bung dan rombongan SAFA.(Gambar ihsan unit media JKM Sabah)

Dalam pertemuan itu, Bung Moktar turut memberikan taklimat mengenai perjalanan SAFA dibawah pimpinannya dan perancangan masa depan bagi memajukan sukan bola sepak di Sabah.


Terdahulu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada rombongan Pengakap Sabah terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Mohd Yusrie Abdullah, Presiden Majlis Pengakap Malaysia Sabah, Datuk Yusoff Seri Mohamed Kasim dan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang baharu, Abdul Rahman Laman.

Hajiji (tiga dari kiri) bersama Yusrie (kanan), Yusoff (kiri) dan Abd Rahman.(Gambar ihsan unit media JKM Sabah)

Beliau diberikan taklimat mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh Pengakap Sabah pada masa depan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|