Piala BMR: Tiga kemenangan, satu seri dalam empat perlawanan pembukaan hari ini

Piala BMR: Tiga kemenangan, satu seri dalam empat perlawanan pembukaan hari ini

Kota Kinabalu: Pasukan pantai timur utara, zon tengah dan pendalaman atas mempamerkan aksi pembukaan cemerlang apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dalam kejohanan Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (BMR), di sini, hari ini.

Manakala bagi zon pantai barat dan pantai barat selatan pula hanya sekadar berkongsi satu mata selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Perlawanan pembukaan yang diadakan pada jam 7.30 pagi di Padang Sintetik Likas, membabitkan zon pantai barat utara dan zon tengah berakhir dengan keputusan 0-1 yang dimenangi zon tengah.

Gol dijaringkan oleh pemain tengah Adlee James menerusi satu percubaan tepat di hadapan pintu gol zon pantai barat utara.

Bagi perlawanan kedua di Likas, pasukan pedalaman atas berjaya menundukkan pasukan pantai timur selatan dengan jaringan 1-0.

Gol dijaringkan oleh pemain Jeremy Jerome Jaiku pada minit ke-33 dan tiada sebarang gol tambahan sehingga perlawanan tamat.

Manakala bagi perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Penampang pula membabitkan pertemuan antara zon pantai barat menentang pantai barat selatan.

Perlawanan yang bermula seimbang itu menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus sehingga mengucar-kacirkan pertahanan lawan masing-masing.

Pasukan pantai barat berjaya menjaringkan gol pada minit ke-25 menerusi pemain Mohamad Syami Abd Marif di separuh masa pertama.

Tersentak dengan satu gol lawan, pasukan zon pantai barat selatan terus melancarkan serangan sebelum berjaya membolosi gawang lawan pada minit ke-54 menerusi gol yang dijaringkan Faiaqil Ikram Jaffar.

Sementara itu, dalam perlawanan kedua membabitkan pasukan pantai timur utara yang menang 1-0 menumpaskan pantai barat timur.

Gol kemenangan hanya berjaya diperolehi pada separuh masa kedua menerusi pemain Muhammad Aimin Azri Juhori.

Perlawanan kemudiannya seimbang dan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sehingga tamat perlawanan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|