Piala BMR: PBS hanya selangkah lagi untuk bergelar juara Piala BMR

Piala BMR: PBS hanya selangkah lagi untuk bergelar juara Piala BMR

Kota Kinabalu: Kelayakan ke perlawanan akhir Kejohanan Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (BMR) bawah 18 bukti usaha berterusan dan semangat berpasukan pemain.

Pengurus pasukan zon Pantai Barat Selatan (PBS), Sani Miasin berkata, ia akan menjadi pembakar semangat untuk masyarakat empat daerah terlibat.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan peminat mendoakan kemenangan dan kejayaan Pasukan Bolasepak Zon Pantai Barat Selatan.

“Kita berjaya masuk ke perlawanan akhir Piala Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan kemenangan ini adalah pembakar semangat untuk masyarakat Daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut,” katanya

Sani berkata, pasukan ini memohon doa kemenangan dan kejayaan dapat diberikan kepada mereka pada perlawanan akhir malam ini.

Katanya, bukan mudah untuk sampai ke tahap ini kerana banyak perlu dilakukan dan diambil perhatian serta tindakan segera terutamanya ketika keadaan semasa dalam fasa 4 pandemik Covid-19 ketika ini.

“Saya bersyukur dan terima kasih kepada semua penyumbang yang sama-sama membantu pasukan bolasepak ini.

“Tanpa mereka amat sukar kami untuk membantu dan menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan dan diharapkan.

“Pasukan bolasepak kami akan berusaha sehabis baik untuk buat yang terbaik untuk semua,” katanya.

Sani berkata, pasukan PBS kini hanya perlu melangkah setapak lagi untuk merebut gelaran juara pada kejohanan bolasepak kali ini.

“InsyaAllah, semoga rezeki menyebelahi perjuangan pasukan bolasepak kami,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|