Pesakit Covid-19 ditemui semula

Pesakit Covid-19 ditemui semula

Kinabatangan: Pesakit Covid-19 yang menghilangkan diri ketika cuba dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Sandakan, semalam, berjaya dikesan, petang tadi.

Lelaki warga emas berusia 69 tahun ditahan kira-kira jam 6 petang tadi di sebuah kebum di Kampung Kuala Tongod, di sini, sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, gerakan mengesan suspek giat dijalankan.

“Suspek berjaya dikesan bersembunyi di sebuah kebun di kampung berkenaan sebelum diserahkan kepada KKM Tongod untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, portal Deasoka.com melaporkan, pihak polis melancarkan gerakan memburu lelaki terbabit selepas disedari jam 11 pagi semalam.

Tindakan lelaki itu menghilangkan diri ketika pasukan Klinik Kesihatan Tongod cuba menghantarnya ke Hospital Sandakan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dikatakan tiada di rumah dan meninggalkan rumahnya berkunci.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat bagi mengesan suspek terbabit.

-Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|