Perlawanan persahabatan antara pasukan pengurusan SAFA dan JPJ

Perlawanan persahabatan antara pasukan pengurusan SAFA dan JPJ

Kota Kinabalu: Ikatan rapat dengan komuniti setempat sentiasa menjadi agenda utama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menerusi aksi bola sepak persahabatan dengan pasukan setempat.

Perkara itu direalisasikan dengan perlawanan persahabatan antara pasukan pengurusan SAFA bertemu pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perlawanan yang berlangsung di Pejabat SAFA, malam tadi.

Pasukan pengurusan SAFA dan JPJ bergambar bersama sebelum perlawanan persahabatan dimulakan.

Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom berkata, matlamat penganjuran perlawanan persahabatan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ia bertujuan untuk mendidik semua yang terlibat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam bidang sukan.

“Disamping itu, secara tidak langsung perlawanan persahabatan ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan kerja.

“Perlawanan ini juga penting dalam membina hubungan yang baik antara SAFA dan masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan, malam tadi.

David berkata, disamping mengamalkan kehidupan sihat, perlawanan ini juga dapat mengeratkan semangat setiakawan antara semua.

Perlawanan berakhir dengan keputusan berpihak kepada pasukan SAFA dengan jaringan 4-3 dengan gol dijaringkan Mathius Suleiman, Billyton Vun dan dua gol daripada Eldrin Noel.

Manakala gol JPJ pula dijaringkan oleh Rohaizad Omar, Fairul Hardy dan Shazman Biting.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|