Penampang dilanda banjir

Penampang dilanda banjir

Penampang: Sekurang-kurang 12 kampung dan taman perumahan, di sini, dilanda banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Selain itu, 10 jalan di sekitar daerah ini juga dilaporkan ditenggelami air sehingga menyukarkan dilalui kenderaan.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Penampang berkata, bacaan air Sungai Moyog pula melebihi paras bahaya apabila mencatatkan ketinggian 9.40 meter.

Keadaan banjir di kawasan di Donggongon di Penampang Proper.

Katanya, semua agensi terbabit sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk melakukan pemantauan serta operasi banjir dari semasa ke semasa.

“Antara kawasan yang dinaiki air adalah Taman Donggongon, Kampung (Kg) Tuavon, Kg Kambau, Kg Dabak, Kg Nambazan, Kg Kolopis, Kg Inobong, Kg Kibabaig dan Kg Gunsing serta Penampang Proper.

“Manakala jalan yang dinaiki air pula adalah membabitkan Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Dakata, Jalan Kasigui, Jalan Tuavon, Jalan Kolopis dan Jalan Inobong,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Keadaan banjir di kawasan Kampung Kolopis, Penampang.

Menurutnya, turut ditelenggelami air adalah Jalan Edmund Labunda, Jalan Nambazan, Jalan Kibabaig serta Bulatan Siga berhampiran Pekan Donggongon.

Katanya, pusat pemindahan juga sudah dibuka di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang sebagai persediaan sebarang keperluan memindahkan penduduk terjejas.

Sekolah SM St Michael antara sekolah yg dinaiki air banjir.

“Ketika ini, Sekolah Menengah St.Michael Penampang turut dilaporkan ditelenggelami air.

“Pemantauan terpaksa dilakukan dari semasa ke semasa disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|