Pelan Pemulihan Negara bukti demokrasi

Pelan Pemulihan Negara bukti demokrasi

TAWAU : Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara membuktikan kerajaan tidak mengabaikan prinsip demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang diamalkan di negara ini.

Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Tawau, Datuk Hamisa Samat berkata pelan ini menjadi indikasi tepat bahawa kerajaan sentiasa mendukung aspirasi demokrasi dalam pemerintahannya.

“Dalam kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tuntasnya akan memberikan komitmen agar sidang parlimen akan diadakan dalam fasa 3 iaitu sekitar bulan September atau Oktober ini.

Bagaimanapun katanya, parlimen akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan dilihat sangat prihatin terhadap keselamatan rakyat dan mahukan kemelut pandemik wabak COVID-19 ini dapat diatasi dengan baik,” katanya

Hamisa menzahirkan sekalung tahniah terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri diatas perancangan terperinci mengenai pelaksanaan ini.

“Saya berpandangan perancangan tersebut sangat relevan untuk dilaksanakan kerana telah diperhalusi daripada Data, Sains dan maklum balas daripada kementerian utama negara,” katanya.

Dalam pada itu, Hamisa juga menyokong penuh keputusan kerajaan negeri yang turut melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0 di Sabah.

“Saya yakin keputusan itu memberi manfaat kepada semua pihak kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya berharap semua masyarakat bersabar dan kekal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19 ini,” katanya.

Beliau berkata, syabas dan tahniah juga kepada Ketua Menteri Sabah kerana telah mengumumkan pakej bantuan PKP 3.0 baru-baru ini.

“Bantuan dan rangsangan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan negeri dapat membantu rakyat terutamanya golongan yang terkesan dengan pelaksanaan PKP,” katanya

Sementara itu, Hamisa juga teruja dengan peningkatan peratusan penduduk Tawau yang mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin.

“Kita melihat orang ramai sudah mula sedar terhadap kepentingan suntikan vaksin dan ini merupakan perubahan yang positif bagi mewujudkan imuniti berkelompok di daerah Tawau.

“Dengan adanya penambahan dua lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Tawau iaitu di Balung dan Merotai dapat melancarkan proses pemberian vaksin terutamanya bagi penduduk luar bandar,” katanya.

-Deasoka

Share

Written by:

1,529 Posts

View All Posts
Follow Me :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!