Pelajar UMSKAL ringankan beban 30 keluarga terjejas

Pelajar UMSKAL ringankan beban 30 keluarga terjejas

Labuan: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menyampaikan bantuan 30 keluarga terjejas.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO), Borneo Martial Art Academy yang bertanggungjawab menguruskan penyerahan bantuan berkenaan.

Penyampaian disempurnakan Pengarah UMSKAL, Prof Dr Jualang Gansau @ Azlan Gansau kepada wakil NGO Tan Chee Haw di Bangunan PKP UMS Kampus Antarabangsa Labuan, di sini.

Majlis penyampaian berkenaan turut disaksikan Ketua Sektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL, Nuriman Reedzal.

Projek Bantuan Bakul Makanan UMSKAL ini diselaraskan Sektor HEP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar yang diketuai Mohd Fakhrul Ariffin.

Urusetia bantuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|