Pekebun parah dirempuh kenderaan terbabas

Pekebun parah dirempuh kenderaan terbabas

Lahad Datu: Seorang pekebun parah selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang terbabas dalam kejadian di Simpang Gua Madai, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa lelaki Bampe Tunruang, 74, yang parah menerima rawatan awal pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu, untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu, jam 5.34 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan kenderaan Toyota Hilux dipercayai terbabas sendiri di tepi jalan dan melanggar seorang lelaki yang berada di kebun berhampiran rumahnya.

“Pemandu kenderaan berusia 50-an dilaporkan tersepit lalu dikeluarkan oleh pasukan bomba dan mendapat rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

“Lelaki yang dirempuh turut parah dan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan kawasan kemalangan selamat, operasi ditamatkan jam 6.14 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|