Pasukan HQ juara kejohanan JBPM peringkat negeri Sabah

Pasukan HQ juara kejohanan JBPM peringkat negeri Sabah

Kota Kinabalu: Pasukan Ibu Pejabat Bomba Sabah (Pasukan HQ) berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Peringkat Negeri anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, di sini, petang tadi.

Pasukan HQ yang merupakan pilihan pertama kejohanan sebelumnya berjaya ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan Zon Tawau di saingan separuh akhir.

Pemain yang terlibat dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton JBPM Peringkat Negeri Sabah.

Pasukan HQ sekali lagi menepati ramalan apabila berjaya menewaskan Zon Beaufort dengan catatan mata 3-2.

Perseorangan pertama pasukan HQ, Tian Sun
membakar semangat pasukan apabila menewaskan pemain Zon Beaufort Mohd Fikri Sudin 21-8, 21-11.

Percaturan pasukan HQ menyenaraikan gandingan Badrie dan Dunstan sebagai beregu pertama tidak menjadi selepas tewas 21-19, 21-12 kepada pemain Zon Beaufort Saflan Sapri-Helbie J.S.

Pasangan beregu kedua Pasukan HQ Magnel Tibin dan Musran tidak mensia-sia peluang apabila menundukkan Jalis dan Syahdennie 21-14, 21-13 untuk mata kedua untuk pasukan HQ.

Pemain perseorangan kedua pasukan HQ, Kenneth pula berjaya menewaskan Azahar 21-12, 21-16 untuk mata ketiga, sekali gus menjuarai kejohanan berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|