Pasar raya musnah terbakar

Pasar raya musnah terbakar

Tawau: Sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di Batu 3, Jalan Apas, di sini, awal pagi tadi.

Api dikatakan disedari mula membakar sebahagian barangan di dalam pasaraya berkenaan kira-kira jam 1.40 pagi oleh orang awam yang berada berhampiran tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan menerusi Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) pada jam 1.53 pagi.

Anggota bomba memadam api dalam kebakaran membabitkan sebuah pasar raya.

Katanya, JBPM Tawau kemudiannya mengerahkan sepasukan 16 anggota dan pegawai serta dua jentera ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba seterusnya membuat pemadaman dengan teknik ‘Offensive Firefighting dan Fire Break untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Api berjaya dikawal pada jam 3.23 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada jam 8.07 pagi selepas tiada lagi punca apinyang boleh mencetuskan kebakaran semula dikesan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, kemusnahan dalam kebakaran ini membabitkan anggaran keluasan kira-kira 15,000 kaki persegi.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Nilai kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Sabah,” jelasnya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|