Mangsa banjir dipindahkan di Beaufort kekal 75 orang

Mangsa banjir dipindahkan di Beaufort kekal 75 orang

Kota Kinabalu: Mangsa banjir dipindahkan di Beaufort kekal seramai 75 orang membabitkan 25 keluarga setakat jam 10 pagi ini.

Semua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort sejak kelmarin.

Mangsa adalah dari Kampung Brunei, Sungai Damit dan Skim Kampung Brunei, Membakut.

Sementara itu, laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setakat jam 8 pagi tadi menyatakan air Sungai Padas dan Sungai Membakut masih pada paras amaran, masing-masing dengan kedalaman 8.59 meter dan 5.27 meter.

Sebanyak 60 kampung di Beaufort dan daerah kecil Membakut terjejas akibat banjir yang bermula sejak Khamis lalu berikutan hujan lebat berterusan di sekitar pantai barat.

Bagaimanapun, situasi dilaporkan beransur baik berikutan penurunan paras Sungai Padas dan Sungai Membakut sejak semalam walaupun ada kawasan dilaporkan masih dilanda banjir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|