Manfaatkan sidang DUN demi rakyat: Khairul Firdaus

Manfaatkan sidang DUN demi rakyat: Khairul Firdaus

Kota Kinabalu: Semua pihak diseru untuk memanfaatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa hadapan sebagai wadah memperjuangkan rakyat dan kemakmuran negeri ini dalam pasca pandemik Covid-19.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, rakyat di negeri ini dilihat ternanti-nanti dengan penuh harapan sidang berkenaan digunakan menjadi medan perjuangan semua masyarakat.

“Isu-isu membabitkan ekonomi Sabah perlu di perdebatkan dengan lebih holistik, baik dari sudut mikro ataupun makro.

“Banyak pihak yang cukup terkesan dengan keadaan semasa yang seakan akan belum ada ‘cahaya di hujung terowong’.

” Pakej Khas rangsangan ekonomi negeri Sabah perlu di percepatkan untuk menghadapi kelembapan ekonomi di lapangan, “katanya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Ujar beliau, geran-geran khas wajib di sediakan demi memastikan kelangsungan peluang pekerjaan, bahkan ‘reskilling’ untuk anak-anak muda mesti diperbanyakkan dan digerakkan oleh agensi agensi kerajaan negeri.

“Sememangnya cabaran dan pengurusan kerajaan negeri Sabah juga akan berubah daripada proses sebelumnya di sebabkan pandemik Covid-19, maka dengan itu sains dan teknologi akan memainkan peranan yang cukup besar.

“Kerajaan negeri juga harus mewujudkan jawatankuasa digital Sabah yang di barisi oleh pakar pakar sains dan teknologi untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk kita mendepani dunia digital ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Firdaus turut mendedahkan isu perumahan dan pendidikan di negeri ini yang dilihat sekian lama terpinggir perlu di perkasakan.

Jelasnya lagi, ramai keluarga di negeri ini tidak mampu membeli dan punyai rumah pertama di sebabkan kos yang terlalu tinggi.

“Sewajarnya untuk kerajaan negeri memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik supaya masalah pokok yang sekian lama tidak di selesaikan.

“Bersatu Sabah percaya dengan kerjasama yang erat di antara kerajaan negeri dan pelabur-pelabur antarabangsa pastinya ada formula yang cukup baik untuk rakyat kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyentuh mengenai isu pendidikan yang dilihat aset yang paling berharga untuk negeri Sabah.

Tambahnya, kerajaan harus memberikan biasiswa secara aggresif kepada pelajar pelajar yg cemerlang dengan automatik tanpa melihat latar belakang bangsa mahupun agama.

“Kekurangan celik pandai di negeri kita kelak boleh membawa ‘brain drain’ kepada negeri Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Khairul Firdaus, rakyat Sabah merupakan rakyat yang paling matang di Malaysia.

“Manakah tidak sudah tujuh kerajaan negeri telah bertukar. Dengan itu, sebagai pemimpin politik kita juga harus terima kematangan tersebut.

” Alangkah manisnya kalau jawatan ketua menteri hanya di hadkan selama dua penggal untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dapat di teruskan.

” Semoga persidangan DUN ini dapat di manfaatkan oleh semua pihak di blok kerajaan dan negeri demi Sabah kita yang tercinta,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|