Ranau: Polis daerah ini sedang menjalankan operasi mengesan seorang lelaki yang terbabit dalam aktiviti mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa pengetahuan pemilik.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, individu terbabit dikehendaki bagi siasatan membabitkan jenayah berkenaan.
Katanya, sesiapa yang mengenalinya atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Individu terbabit seperti gambar yang diedarkan dan sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Sarjan Klimen @ Azmie Samitah.
“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian 014-872060 atau terus membuat laporan di balai polis yang berhampiran untuk tindakan segera,” katanya.
Simiun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer.

– Deasoka