Kereta terbakar

Kereta terbakar

Kota Kinabalu: Sebuah kereta Proton Saga musnah terbakar dalam kebakaran di Lintas Plaza berhampiran Hong Leong Bank kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Sebuah kereta Proton Saga musnah selepas dikatakan tiba-tiba terbakar sendiri di Lintas Plaza, di sini. Video/ Ihsan pembaca

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus menjalankan operasi pemadaman sebelum api berjaya dikawal pada jam 6.38 petang.

“Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 6.47 petang selepas tiada lagi kemerbahayaan lain dikesan di lokasi kejadian,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|