Juhar, Hajiji sertai majlis tahlil sempena hari jadi rasmi TYT

Juhar, Hajiji sertai majlis tahlil sempena hari jadi rasmi TYT

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Tahlil sempena Hari Jadi Rasmi Ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis Tahlil adalah antara beberapa siri acara yang diadakan sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT, tahun ini.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyerahkan sumbangan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas Covid-19 (IMPAC) sebanyak RM9,000 dan Sumbangan Pengurusan Sekolah Agama dan Tahfiz daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM70,000 kepada Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Kota Kinabalu.

Beliau juga nenyerakan sumbangan Pengurusan dan Pengimarahan Masjid sebanyak RM10,000 kepada Masjid Nurul Hikmah dan sumbangan pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM30,000 kepada SAR Madrasah Islamiah Nurul Hikmah.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alar Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|