Ibu bapa disaran sentiasa laksana ujian kendiri Covid-19 untuk anak di bawah 12 tahun

Ibu bapa disaran sentiasa laksana ujian kendiri Covid-19 untuk anak di bawah 12 tahun

Kota Kinabalu: Ibu bapa disaran supaya sentiasa menjalankan ujian kendiri Covid-19 bagi memastikan anak-anak masih dalam keadaan selamat daripada penularan wabak berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerajaan negeri masih menunggu keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk polisi pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

“Untuk kanak-kanak di bawa 12 tahun, kita masih menanti keputusan daripada KKM untuk polisi pemberian vaksin kepada mereka.

“Bagaimanapun, sebagaimana yang kita ketahui bagi kanak-kanak yang telah menghadirkan diri ke sekolah atau taman didikan kanak-kanak mungkin menjadi satu inisiatif yang baik bagi ibu bapa untuk sentiasa melakukan ujian sendiri bagi memastikan anak-anak masih dalam keadaan selamat,” katanya ketika menjawab soalan lisan Justin Wong (DAP-Sri Tanjong) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Justin dalam soalan tambahannya bertanya kepada Shahelmey apa perancangan untuk kanak-kanak khususnya individu yang berusia 11 tahun ke bawah sedangkan mereka dibenarkan untuk pergi ke sekolah dan semasa musim cuti ramai keluarga yang ingin membawa anak-anak mereka untuk bercuti tetapi takut dengan risiko jangkitan covid-19.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|