GRS terus berikan keutamaan modal insan

GRS terus berikan keutamaan modal insan

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri yang ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memberikan keutamaan dalam pembangunan modal insan bagi memacu kemajuan negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, elemen itu amat penting dan sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan memberikan fokus tersebut dalam membangunkan negeri.

“Kemajuan dan pembangunan negeri pada masa akan datang bergantung
kepada rakyatnya yang ada pelajaran, ilmu dan kepakaran serta kemahiran
dalam pelbagai bidang terutama untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri bersama Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 itu adalah anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.


Majlis tersebut diadakan secara maya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), membabitkan beberapa pelajar cemerlang STPM 2020 yang berpeluang berinteraksi dengan Hajiji.


Dalam majlis interaksi secara maya itu, Hajiji terdahulu menyentuh mengenai hala tuju pembangunan insan berkenaan bagi menjawab beberapa soalan yang ditujukan oleh kumpulan pelajar tersebut.

Antara yang dibangkitkan adalah mengenai pembangunan dalam modal insan di negeri ini, bantuan biasiswa, usaha menambah institut pengajian tinggi (IPT) di Sabah dan situasi semasa pandemik COVID-19 serta proses vaksinasi.


“Justeru, kita memerlukan modal insan yang ada kepakaran dan kemahiran
tinggi bagi memacu pembangunan serta kemajuan negeri ini. Anda semua
(pelajar) adalah peneraju kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya.


Untuk rekod, pada tahun lalu, seramai 7,409 calon STPM di Sabah dengan 72 calon berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, manakala seramai 7,330 alon mendapat lulus penuh atau 98.93 peratus.


Sementara itu, antara bantuan untuk membantu pelajar di negeri ini ialah
Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), iaitu pemberian tunai RM2,000 secara one-off kepada pelajar daripada golongan B40 dan bakal melanjutkan pengajian e peringkat Ijazah Sarjana Muda.


Selain itu, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) sebanyak RM200 secara‘one-off ’kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Foto kredit: Unit media JKM Sabah


-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|