Gajah Pygmy Borneo ditemui mati di LD

Gajah Pygmy Borneo ditemui mati di LD

Lahad Datu: Seekor gajah Pygmy Borneo ditemui mati di kawasan Ladang Sahabat 1, Tungku, di sini, semalam.

Bangkai gajah itu ditemui seorang pekerja ladang ketika membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari.

Pekerja terbabit terus memaklumkan pengurus ladang mengenai penemuan bangkai haiwan sebelum membuat laporan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah cawangan Lahad Datu.

Pegawai JHL cawangan Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung penemuan bangkai berkenaan.

Katanya, sepasukan anggota kerja JHL sudah bergegas ke lokasi dan pemeriksaan awal mendapati bangkai berkenaan adalah gajah yang berusia anggaran 5 hingga 7 tahun.

“Setakat ini pemeriksaan ke atas luaran badan gajah jantan berkenaan mendapati tiada kesan kecederaan.

“Bagaimanapun, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian haiwan berkenaan,” katanya.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|