Dua penagih wanita ditahan

Dua penagih wanita ditahan

Papar: Dua wanita yang terbabit dalam aktiviti penagihan dadah ditahan dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Kedua-dua wanita terbabit berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan di kawasan Papar kira-kira jam 8 malam, semalam.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, kedua-dua suspek adalah warga tempatan berusia 20-an.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah seberat 0.91 gram yang dipercayai untuk melepas gian kedua-dua wanita terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

“Kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha berterusan polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Batholomew berkata, ia juga sebagai salah satu langkah terbaik dalam mencegah sebarang aktiviti jenayah di daerah Papar.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah dan jenayah di daerah ini kepada pihak polis atau IPD Papar khususnya untuk tindakan segera,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|