DBKK tangguh buka taman-taman awam

DBKK tangguh buka taman-taman awam

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memutuskan untuk menangguh pembukaan semula semua taman – taman awam di sekitar bandar raya ini berkuat kuasa serta merta.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip dalam kenyataan media petang tadi berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira kenaikan mendadak kes jangkitan Covid-19.

“Kenaikan mendadak kes jangkitan Covid-19 terkini yang membimbangkan di kawasan bandar raya ini.

“Dalam masa sama, Taman Awam Tun Ujana Rimba juga akan ditutup sehingga pemakluman lanjut,” katanya.

Menurutnya, segala kesulitan amatlah dikesali.

Pagi tadi, DBKK dalam hantaran Facebook miliknya memaklumkan Taman Awam Teluk Likas akan dibuka pada Ahad ini.

Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu 647 kes positif Covid-19 berbanding semalam iaitu sebanyak 326 kes positif Covid-19.

– Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|