Datuk Awang Aslee, Presiden PBBNS Baharu

Datuk Awang Aslee, Presiden PBBNS Baharu

Kota Kinabalu: Datuk Awang Aslee Lakat dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Baling Negeri Sabah (PBBNS) yang baharu bagi sesi 2022-2023 pada mesyuarat agung kali ketujuh persatuan itu, di sini, kelmarin.

Jawatan timbalan presiden pula dimenangi Vijaya Kumar Arumugam manakala tiga naib presiden yang turut terpilih ialah Rizwan Dahlan, Ali Hussin Mohd Sait @ Mohd Said dan Nazir Salleh.

Ag Aslee (duduk empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa selepas diberi mandat menerajui persatuan itu.

Selain, Mohd Yahdi Ag Matusin pula dilantik sebagai setiausaha dan Abdul Rahman Mohd Taib dilantik sebagai bendahari persatuan itu.

Manakala, enam ahli jawatankuasa yang dipilih terdiri daripada Sazry Rame, Jasri Dullah, Awang Mohd Taufiq Awang Ali, Nurul Nadia Az-Zahra Hazizan, Wan Dayangku Syawana Ag Matasan dan Azami Laman.

Mesyuarat agung itu dirasmikan Presiden Persatuan Bola Baling Malaysia, Pandak Ahmad.

Ag Aslee ketika ditemui berkata, pihaknya akan berusaha melakukan yang terbaik bagi mempertingkatkan mutu sukan itu di negeri ini.

“InsyaAllah saya lakukan yang terbaik dan berusaha keras untuk meningkatkan lagi mutu permainan sukan bola baling di Sabah,” katanya.

Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua perwakilan yang memberi sokongan dan kepercayaan kepadanya untuk menerajui persatuan berkenaan.

Katanya, ribuan terima kasih kepada perwakilan yang hadir dalam mesyuarat ini dan memilihnya untuk menggalas jawatan berkenaan.

Ag Aslee juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang turut diberi mandat dalam persatuan itu bagi sessi 2022-2023.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|