Covid-19 Sabah: Kadar kebolehjangkitan Sabah 0.98, kes naik hari ini

Covid-19 Sabah: Kadar kebolehjangkitan Sabah 0.98, kes naik hari ini

Kota Kinabalu: Sabah mencatat kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R0 0.98 dengan sebanyak 500 lagi kes baharu hari ini, meningkat 58 kes berbanding 442 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu kembali menduduki tempat teratas sebagai penyumbang terbanyak kes baharu dengan 99 kes, naik 57 kes berbanding 42 kes semalam.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan analisis data hari ini, 95 daripada kes di Kota Kinabalu adalah kes daftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

Katanya, hanya empat kes berlaku di daerah Kota Kinabalu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

“Daerah lain yang mencatat pertambahan kes baharu ialah Tuaran, Penampang, Beaufort, Tenom dan Kuala Penyu.

“Kinabatangan mencatatkan penurunan jumlah kes yang besar, iaitu sebanyak 30 kes kepada hanya enam kes hari ini, manakala tiada kes baharu direkodkan di Telupid, Lahad Datu, Tongod dan Kalabakan,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, Ssebanyak 224 kes atau 44.8 peratus daripada keseluruhan 500 kes yang dilaporkan hari ini adalah kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih, manakala 276 kes atau 55.2 peratus adalah kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

“Lebih 98 peratus daripada kes hari ini adalah kes yang dianggap ringan, iaitu dalam Kategori 1 dan Kategori 2.

“Pesakit dalam Kategori 3 cuma seorang, tiga orang dalam Kategori 4 dan tiada pesakit dalam Jategori 5. Lima kes lagi masih dalam siasatan lanjut JKNS,” katanya

Sementara itu, Masidi berkata kajian yang dibuat oleh Institut Kesihatan Malaysia menunjukkan dos penggalak meningkatkan perlindungan diri daripada jangkitan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua penduduk yang berumur 40 tahun atau lebih supaya mengambil dos penggalak selepas enam bulan dos kedua Pfizer dan tiga bulan selepas dos kedua Sinovac.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 15 November 2021
Sabah 500 (442)

Kota Kinabalu 99 (42)
Tuaran 70 (46)
Kota Belud 53 (54)
Ranau 48 (51)
Tenom 33 (26)
Papar 28 (21)
Penampang 24 (15)
Beaufort 21 (15)
Kota Marudu 19 (20)
Sandakan 15 (8)
Tawau 15 (8)
Kuala Penyu 14 (6)
Keningau 14 (18)
Kudat 10 (3)
Tambunan 9 (8)
Sipitang 7 ( 15)
Kinabatangan 6 (36)
Putatan 5 (15)
Beluran 3 (8)
Kunak 2 (3)
Nabawan 2 (0)
Pitas 2 (3)
Semporna 1 (2)
Telupid 0 (5)
Lahad Datu 0 (12)
Tongod 0 (2)
Kalabakan 0 (1)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes pada 14 November 2021.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|