Buang sampah merata-rata, enam dikompaun

Buang sampah merata-rata, enam dikompaun

Kota Kinabalu: Seramai enam individu dikenakan kompaun selepas didapati membuang sampah merata-rata dalam operasi Ops Bersih yang dijalankan di Kampung Air, di sini, 27 Oktober lalu.

Dalam operasi jam 5 petang itu, kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 Bandaraya Kota Kinabalu Pindaan 2005.

Antara individu yang dikenakan kompaun selepas didapati membuang sampah merata-rata. Gambar ihsan DBKK.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota Unit Kawal Selia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), DBKK.

Katanya, operasi dijalankan bagi memastikan keadaan bandaraya ini bebas daripada pembuangan sampah secara merata-rata.

Operasi dijalankan sepasukan anggota Unit Kawal Selia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), DBKK.
Gambar ihsan DBKK.

“Orang awam diminta supaya sentiasa menjaga sikap untuk terus menjaga kebersihan bandar raya ini.

“Dalam operasi itu, lima daripada individu yang dikenakan kompaun terus membuat pembayaran secara serta merta,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di media sosial facebook.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|