Bot mewah terbakar 90 peratus

Bot mewah terbakar 90 peratus

Kota Kinabalu: Sebuah bot mewah yang menawarkan aktiviti percutian dilaporkan terbakar dalam kejadian di perairan Pulau Gaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, bot mewah berkenaan yang sedang berlabuh di perairan perairan Kampung Torong Logong, Pulau Gaya, di sini, dikatakan terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian disedari penduduk berhampiran yang kemudiannya bertindak membantu memadam api kebakaran sebelum menghubungi pihak bomba memaklumkan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, asal tebal daripada kebakaran itu turut dapat dilihat dari Pusat Bandar raya Kota Kinabalu.

Rakaman yang diambil oleh penduduk yang berada dilokasi kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.30 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota kemudiannya bergegas ke lokasi menerusi Jeti Jesselton dengan menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman segera dijalankan dan api berjaya dikawal pada jam 10.37 pagi.

“Kebakaran ini membabitkan hampir 90 peratus daripada bot berkenaan dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Bahagian Forensik JBPM.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|