5,570 tiket mula dijual

5,570 tiket mula dijual

Kota Kinabalu: Pertembungan Piala Malaysia 2021 antara Sabah FC menentang Kelantan FC di Stadium Likas Sabtu ini kian terasa bahang apabila Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) mengumumkan jualan tiket bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pintu dan Tiket, SAFA Shamsuddin Mohd Shah berkata, sebanyak 5,570 keping tiket diperuntukkan kepada penyokong setia yang berminat untuk menyaksikan perlawanan itu.

“Tiket perlawanan Piala Malaysia akan dijual pada Khamis ini secara dalam talian yang diuruskan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Sebanyak 800 tiket untuk tempat duduk grandstand dijual pada harga RM35 manakala bagi zon A dan D pula, sebanyak 1,200 tiket dan 2,200 tiket dijual pada harga RM12,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsudin berkata, bagi zon B dan C pula masing-masing sebanyak 685 tiket dijual pada harga RM20.

Sehubungan itu, Shamsudin berkata, penyokong pasukan Sabah FC diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan COVID-19.

Katanya, keselamatan semua pihak sentiasa diutamakan dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan bagi mengelakkan wujud kluster membabitkan penyokong.

“Masa kehadiran penyokong ditetapkan bermula jam 5.30 petang sehingga 8.20malam. Selepas itu, pintu pagar tidak akan dibuka untuk membenarkan penyokong masuk.

“Selain itu, penonton juga wajib memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium,” katanya.

Shamsudin berkata, penonton juga digalakkan supaya mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1.5 meter.

Katanya, penonton juga hanya dibenarkan bersorak di tempat duduk sendiri selain kerap cuci tangan dan menggunakan santasi tangan dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|