4 keluarga di Membakut sambut Krismas di rumah baharu

4 keluarga di Membakut sambut Krismas di rumah baharu

Membakut: Empat keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut bakal meraikan Krismas di rumah baharu selepas rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diberikan kerajaan, siap baru-baru ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata ia membolehkan penduduk terbabit meraikan sambutan Krismas yang disambut Sabu ini dengan lebih selesa di rumah baharu.

Arifin (dua kiri) menyampaikan sumbangan Krismas kepada wakil gereja di Membakut.Pix ihsan Jabatan Penerangan

“Pada tahun ini empat keluarga di DUN Membakut akan meraikan Krismas di rumah baharu yang lebih selesa. Keluarga yang terlibat ialah di Kampung Sungai Damit, Bawan, Lumat dan Dungau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan penyampaian sumbangan Krismas 2021 bagi DUN Membakut di Dewan Terbuka Pekan Membakut, di sini, semalam.

Franky berterima kasih kepada kerajaan yang membolehkan ibunya menyambut Krismas di rumah baharu.Pix ihsan Jabatan Penerangan

Arifin turut berkunjung ke rumah penerima bantuan berkenaan dan menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi rumah PPRT kepada penerimanya.

Sementara itu, anak seorang penerima bantuan rumah PPRT di Kampung Dungau, Franky Lazim, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan menyalurkan peruntukan membina rumah PPRT untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan.

Arifin (kiri) menyempurnakan Majlis Ramah Mesra dan penyampaian sumbangan Krismas 2021 bagi DUN Membakut.Pix ihsan Jabatan Penerangan

Beliau turut berharap agar kerajaan akan meneruskan usaha murni dalam membantu lebih ramai golongan miskin untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

Terdahulu, ketika menyampaikan sumbangan Krismas kepada wakil gereja bagi kawasan DUN Membakut, Arifin berkata ia adalah antara keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ini adalah keprihatinan daripada Ketua Menteri Sabah yang telah menyalurkan peruntukan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam dan sekolah mubaligh di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, bagi tahun ini saja kerajaan negeri memperuntukan RM42.9 juta sebagai bantuan sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|