110 kanak-kanak sertai majlis berkhatan di Putatan

110 kanak-kanak sertai majlis berkhatan di Putatan

Putatan: Seramai 110 kanak-kanak menyertai Program Berkhatan Keluarga Sabah Maju Jaya yang diadakan di Masjid Daerah Putatan, di sini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Putatan, Ahmad Mahmood berkata, kos untuk melakukan khatan kepada kanak-kanak itu disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Shahelmey menyaksikan replika buku akaun TH yang diserahkan kepada kanak-kanak yang membuka akaun secara percuma.

Katanya, program berkhatan itu dianjurkan JKDB Pekan Putatan dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Terdapat lima pasukan perubatan yang mengendalikan operasi berkhatan yang terdiri daripada lima pegawai perubatan dan lima pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Putatan.

Shahelmey (kanan) menyampaikan bunga telur kepada salah seorang kanak-kanak yang menyertai program berkhatan yang diadakan di Masjid Pekan Putatan, Putatan.

“Pasukan perubatan ini diketuai Doktor Pesakit Luar, Norafida Noh merangkap Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) Kawasan Penampang,” katanya.

Ahmad berkata lagi, pihaknya juga mengadakan program membuka akaun Tabung Haji (TH) sempena program berkenaan.

“Seramai 71 ibu bapa dan kanak-kanak membuka akaun TH dan kos membuka akaun ini adalah secara percuma.

“Ini adalah inisiatif daripada penganjur sendiri, manakala kos berkhatan disumbang oleh MUIS,” katanya.

Program itu dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|