Perdaya sijil kelahiran, bekas WAN didenda RM5,000

Perdaya sijil kelahiran, bekas WAN didenda RM5,000

Tawau: Seorang bekas Wakil Anak Negeri (WAN) dikenakan hukuman denda sebanyak RM5,000 selepas mengaku bersalah memperdayakan mangsa kononnya boleh membantu mengeluarkan sijil daftar lewat kelahiran serta kad pengenalan di Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada Jumaat.

Tertuduh, Minur Jimes, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Menurut pertuduhan, tertuduh pada sekitar Februari 2016, di kaki lima Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sandakan, telah menipu seorang wanita yang tiada dokumen pengenalan diri dengan memperdayakannya bahawa boleh membantu mengeluarkan sijil daftar lewat kelahiran serta kad pengenalan wanita itu dan adiknya.

Tertuduh dengan sengaja mendorong wanita terbabit menyerahkan wang tunai sebanyak RM1,200, bagi tujuan itu dan tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman sebanyak RM5,000 dan jika gagal bayar boleh dipenjara selama tiga bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Rekhraj Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

– Deasoka

Share

Written by:

464 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!